Pesta Buku Antarabangsa KL 2022

Pada 9hb Jun 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Seremban, bersama pensyarah daripada Fakulti Sains pentadbiran & Pengajian Polisi, (FSPPP), Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) & Fakulti Sains Sukan (FSR) telah mengadakan program ke  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022).

PBAKL kali ke-39 ini anjuran oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) di bawah Kementerian Pendidikan dengan kerjasama persatuan industri buku Malaysia.

Objektif program adalah bagi membuat pemilihan bahan rujukan terkini yang berpotensi untuk dijadikan rujukan silibus pada semakan kurikulum yang akan datang.

Orang ramai termasuk pelajar yang berkunjung ke ruang pameran.

PBAKL 2022 kali ini dapat memupuk budaya membaca dengan memberikan pengalaman yang ekslusif kepada staf PTAR dan pensyarah yang turut serta.

Syaiful Hisyam Saleh PTAR Seremban 3 N. Sembilan

Leave a Reply