Lawatan Tanda Aras Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Proses pendigitalan telah menjadi suatu kelaziman di PTAR. Sumber maklumat dalam format digital adalah lebih meluas, pantas dan kos efektif selain mengekalkan jangka hayat bahan. Menerusi perkhidmatan UiTM Repositori Institusi yang dikendalikan oleh PTAR, sumber maklumat hasil penulisan warga UiTM dikumpul, diproses dan disebarkan menerusi platform digital agar 400,000 koleksi ini dapat dicapai dan dirujuk oleh pengguna perpustakaan.

Kecemerlangan PTAR dalam proses pendigitalan sehingga berjaya memperbaiki kedudukan dunia di tangga ke 83 dalam edisi ke-14 Ranking Web of Repositories oleh Google Scholar telah menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkunjung ke PTAR pada tarikh 9 Jun 2022 hari Khamis jam 9 pagi.

Seramai 14 orang perwakilan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM telah mengadakan lawatan tanda aras proses pendigitalan, PTAR. Sesi taklimat dimulai ucapan alu-aluan oleh Ts. Haji Azizi Jantan, Ketua Jabatan Perpustakaan Digital (JPDg), PTAR. Wakil BPPDP, KPM iaitu Dr. Hasnah Shuhaimi menzahirkan penghargaan atas kesudian PTAR menerima kunjungan ini selain dapat berkongsi ilmu dan pengalaman menguruskan proses pendigitalan.

Sesi berikutnya mengundang Ts. Haji Azizi Jantan menyampaikan taklimat proses pendigitalan PTAR dan diikuti dengan sesi lawatan di perpustakaan. Fokus taklimat ini ialah terhadap gerak kerja proses pendigitalan meliputi tenaga kerja, peralatan dan perkakasan, carta alir, kawalan selain latarbelakang proses pendigital di PTAR.

Di akhir sesi, kedua-dua pihak amat berharap agar hubungan ini dapat diteruskan dengan bimbingan dan panduan berterusan yang dimiliki oleh PTAR agar pembangunan proses pendigitalan di BPPDP, KPM dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ts. Hj. Azizi Jantan menyampaikan taklimat kepada perwakilan KPM.
Perwakilan KPM sedang melawat Koleksi Tesis PTAR.
Ts. Hj. Azizi Jantan (Kanan) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Hasnah Shuhaimi.
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply