Live@PTAR Bicara Pakar: Legasi Kesultanan Negeri Selangor

Pada 10 Jun 2022 (Jumaat), Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam telah mengadakan siaran langsung Bicara Pakar yang bertajuk Legasi Kesultanan Negeri Selangor yang dikendalikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Shah Alam selaku moderator bersama panel jemputan Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Salehuddin Saidin yang merupakan Ahli Dewan Di-Raja Selangor.

Kesultanan Selangor bermula seawal tahun 1756 apabila ia berada di bawah pemerintahan Raja Lumu yang menjadi Yang Dipertuan Besar Selangor dan bergelar Sultan Salehuddin Shah.

Perkara menarik yang dipetik dalam segmen ini ialah apabila Yang Amat Dihormati Dato’ Setia menyatakan beliau berpegang legasi kesultanan itu adalah raja dan rakyat yang saling berperanan dan bergantungan antara satu sama lain tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Tidak hairanlah ada pepatah “raja dan rakyat berpisah tiada” yang menggambarkan konsep kesultanan.

Negara telah mengamalkan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen mewujudkan suara rakyat dalam memilih wakil rakyat mahupun pemimpin untuk dijadikan sebagai pentadbir negara.

Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia hendaklah menghargai segala pengorbanan kesultanan Negeri Selangor yang berjiwa rakyat dari dahulu hingga kini demi kesejateraan rakyat.

Capaian kepada program ini boleh dilayari menerusi URL YouTube: https://youtu.be/lm3Kd5CVTd8

Prof. Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz bersama panel jemputan Dato’ Setia Salehuddin Saidin

Avatar photo
Noor Azureen Abd Aziz PTAR Shah Alam

Leave a Reply