Program Live@PTAR Segmen Bicara Buku -Southeast Asian Martial Arts : A Unique and Complex Cultural Phenomenon

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Sains & Teknologi bersama Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Live@PTAR Segmen Bicara Buku – Southeast Asian Martial Arts : A Unique and Complex Cultural Phenomenon pada 1 Jun 2022 (Rabu) jam 11 pagi hingga 12 tengah hari melalui platform Youtube dan Facebook Perpustakaan UiTM.

Program ini merupakan salah satu program Read@UiTM berperanan untuk memupuk budaya membaca di kalangan pelajar, pensyarah dan pentadbir. Program ilmiah ini dikongsikan oleh panel jemputan iaitu Prof Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan & Industri dan dibantu oleh moderator Pn. Jamiaton Kusrin, Pensyarah Kanan. Masing-masing adalah daripada Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Shah Alam.

Sesi ini berkongsi mengenai hasil kajian penyelidikan UiTM dan UNESCO yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (Malaysia) dan rakan-rakan penyelidik dari Filipina, Indonesia dan Singapura yang telah dibukukan di laman web rasmi ICM UNESCO iaitu : http://unescoicm.org/eng/library/bookreport.php?ptype=view&idx=8156&page=1&code=bookreport_eng

Panel dan Moderator bersiaran secara langsung di Studio PTAR UiTM Shah Alam

Seramai 174 viewers hadir menyertai program ini yang bersiaran selama 1 jam melalui pelbagai plafform maya dan didapati maklumbalas adalah sangat positif di kalangan para penonton. Sesi soal jawab juga dijalankan di akhir sesi program.

Pautan Facebook Perpustakaan UiTM : https://www.facebook.com/409911212624/posts/10160505534952625/ Pautan Youtube Perpustakaan UiTM : https://www.youtube.com/watch?v=h8letXuV0k8

Semoga program ini memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.

Panel dan Moderator bersama penganjur, PTAR Sains & Teknologi, UiTM Shah Alam
Panel menyerahkan buku hasil karya beliau kepada PTAR bagi tujuan rujukan warga UiTM.

Penulis : Nor Hafizah Md Hanafiah (Pustakawan Kanan), PTAR Sains & Teknologi

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply