Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas ICAN

Kunjungan Hormat PTAR ke atas ICAN telah diadakan pada 9 Mei 2022 hari Isnin jam 9:30 pagi bertempat di Bilik Sidang, Aras 3, Canseleri.

Seramai 11 orang peserta telah menghadiri sesi kunjungan hormat kali ketiga (3) bagi tahun 2022. Sesi selama dua jam ini bertujuan menghebahkan inisiatif terkini perkhidmatan dan koleksi PTAR selain meneroka ruang kerjasama antara Pusat Tanggungjawab UiTM.

Encik Jamalludin bin Haji Sulaiman selaku Ketua Jabatan Perkhidmatan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan telah memulakan taklimat inisiatif perkhidmatan PTAR. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli telah menerangkan mengenai perkhidmatan maklumat manakala Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir telah menerangkan mengenai UiTM Digital Library. Oleh kerana kepentingan terhadap Rekod Penting Universiti semakin diberi perhatian, Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman pula telah menerangkan mengenai inisiatif Jabatan Arkib Universiti (JAU) terutamanya aspek penyerahan rekod-rekod penting.

Sejumlah empat belas (14) peluang kerjasama antara PTAR dan ICAN telah disenarai hasil daripada sesi penerangan yang telah diadakan. Antara peluang kerjasama yang telah digerakkan ialah menerusi kehadiran wakil PTAR seramai dua (2) orang ke dalam mesyuarat Artistics City bersama enam pusat tanggungjawab lain bertarikh 12 Mei 2022 hari Khamis jam 3:00 petang.

Semoga jalinan kerjasama ini akan berhasil dan memberikan impak terhadap PTAR dan ICAN.

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply