Berdasarkan 6 fokus PTAR 2021, iaitu menyemarakkan semangat #PTARPrihatin, PTDI turut menyokong usaha tersebut dengan menganjurkan Program #PTDIPrihatin. Sempena Ramadahan tahun 2022, pengagihan sumbangan barangan keperluan makanan berserta sumbangan duit raya telah diberikan kepada 20 orang Pelajar Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang, Labis, Johor. Program ini melibatkan kutipan sumbangan daripada staf PTDI Kampus Segamat, PTDI Kampus Pasir Gudang dan pihak luar.
Berikut adalah objektif program :
- Menyokong salah satu fokus PTAR bagi tahun 2021 iaitu #PTARPrihatin seterusnya diperingkat PTDI UiTM Cawangan Johor, fokus ini diselaraskan kepada #PTDIPrihatin.
- Menyokong PI PUiTM ke 10 iaitu Program Khidmat Masyarakat PUiTM
- Menunjukkan keprihatinan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti pelajar yang yang kurang berkemampuan, miskin tegar, dan berpendapatan rendah.
- Melatih diri staf untuk bersedekah dan berkongsi rezeki di bulan Ramadhan.
- Mengaplikasikan amalan hidup yang baik dalam kehidupan seharian.
- Memupuk rasa persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan staf Perpustakaan Tun Dr Ismail di Kampus Segamat dan Pasir Gudang.
Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 13 April 2021 (Rabu). Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Mawar Noor binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan dan diiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang, Cikgu Zainab binti Ahmad.
Pihak jawatankuasa program merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak diatas sumbangan kewangan dan tenaga dalam menjayakan program ini. Pihak jawatankuasa bersyukur kerana progam ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dengan izin Allah SWT untuk mencapai segala objektif yang telah digariskan. Semoga usaha murni ini akan mendapat limpahan rahmat dan barakah daripada Allah dan seterusnya merapatkan hubungan diantara staf di PTDI Segamat dan Pasir Gudang.
Penulis : Siti Rozana binti Mat sanat | Pustakawan Kanan