Lawatan Pre-Mock Audit Akreditasi Pengajian Kejuruteraan Awam

Pada 13 April 2022, PTAR UiTMCPP telah menerima kunjungan daripada Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman Bin Mohamad Nor daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selaku panel lawatan pre-mock audit akreditasi bagi kursus “Bachelor of Engineering (Hons) Civil (Infrastructure) – EC221, Pengajian Kejuruteraan Awam.

Sepanjang lawatan tersebut, taklimat ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan PTAR telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP. Beliau juga telah dibawa melawat kemudahan yang terdapat di perpustakaan antaranya Pusat IT, ruangan bacaan, bilik-bilik diskusi serta koleksi bahan bacaan yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku teks dan bahan bacaan umum.

Semoga taklimat dan lawatan berpandu yang telah disampaikan kepada beliau dapat memenuhi objektif lawatan yang telah dijadualkan.

Sekitar lawatan panel pre-mock akreditasi Pengajian Kejuruteraan Awam

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply