Bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan Program Read@UiTM Penang 2022 yang berlangsung pada 21 April 2022.
Aktiviti utama yang dijalankan adalah Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi secara serentak di seluruh Malaysia . Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia yang bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan meneruskan amalan membaca selama 10 minit setiap hari.
Selain daripada Jom Baca Bersama untuk 10 Minit, pihak PTAR turut mengadakan aktiviti perkongsian buku melalui segmen “My Favourite Read”, pameran buku bertemakan “Fiction Addiction” dan kuiz Kahoot. Semua warga kampus juga dijemput untuk menghantar gambar membaca mereka walau di mana jua mereka berada melalui Google Form yang disediakan sebagai tanda sokongan serta komitmen masing-masing terhadap program yang telah dijalankan ini.
Keseluruhannya, program ini telah disertai oleh 40 orang staf dan pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang secara bersemuka dan diharapkan ianya dapat menjadi pemangkin untuk semua warga kampus dalam memupuk minat membaca.
Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan