Jom Baca  Bersama 10 Minit @ PTDI

21 April 2022 – Telah berlangsung program Jom Baca Bersama 10 Minit @ PTDI di Perpustakaan Tun Dr. Ismail 2. Program ini telah diadakan secara serentak diseluruh negara dari jam 11.00 hingga 11.10 pagi dengan bertemakan “Bangkit Baca dan Bersyukur”. Acara perasmian telah diadakan secara tayangan lintas langsung dari Facebook Perpustakaan Negara Malaysia. Turut serta semasa program berlangsung  adalah staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Pensyarah Kanan Encik Nor Ezan bin Omar  dan juga para pelajar semester satu daripada Fakulti Pengurusan Maklumat seramai 33 orang.

Bagi memeriahkan Program Jom Baca  Bersama 10 Minit @ PTDI, satu pertandingan turut diadakan, dimana para pelajar diminta membuat sedikit ulasan bahan yang telah dibaca dan memuat naik gambar kreatif yang diambil di persekitaran PTDI 2. 3 pemenang akan dipilih dan setiap penyertaan akan diberikan  e-sijil. 

Pihak PTDI merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga UiTM Cawangan Johor yang turut serta dalam Program Jom Baca Bersama 10 Minit @ PTDI. Diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras masyarakat proaktif dan berilmu.

Penulis : Roslan bin Mohd Nor | Pembantu Pustakawan Kanan

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply