Read@UiTM: Market Buku

Pada 14 – 30 Mac 2022, Unit Perancangan & Pembangunan Perpustakaan, Perpustakaan Sultan Badlishah telah berjaya menganjurkan satu program Read@UiTM: Market Buku yang terbuka kepada semua kakitangan akademik dan pentadbiran UiTM Cawangan Kedah. Program yang berlangsung selama 13 hari ini dilaksanakan di Aras 3, Perpustakaan Sultan Badlishah. Kakitangan yang berminat untuk menyertai program ini telah hadir mengikut tarikh temujanji yang telah dipilih sepanjang tempoh program berlangsung.

Program Read@UiTM: Market Buku yang pertama kalinya diadakan ini dianjurkan berikutan pelaksanaan proses pelupusan bahan perpustakaan yang sedang dilaksanakan oleh Unit Perancangan & Pembangunan Perpustakaan, Perpustakan Sultan Badlishah. Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan UiTM Cawangan Kedah untuk membuat pemilihan bahan-bahan bacaan yang terdapat di dalam senarai pelupusan tersebut. Selain bagi memupuk minat membaca dikalangan warga UiTM Cawangan Kedah, program ini juga dapat memastikan kelangsungan bahan-bahan tersebut agar dapat terus digunakan oleh pembaca walaupun tidak lagi berada dalam koleksi perpustakaan.

Diharap bahan-bahan ini dapat memberi manfaat kepada warga  kakitangan UiTM Cawangan Kedah dalam membantu proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan masing-masing.

Gambar sepanjang Program Market Buku berlangsung:

Gambar sepanjang Program Market Buku berlangsung
Antara gambar-gambar kakitangan bukan akademik UiTM yang mengambil buku yang dilupuskan.
Buku-buku yang dipilih akan direkodkan oleh kakitangan perpustakaan
Antara gambar-gambar kakitangan akademik UiTM yang mengambil buku yang dilupus

Penulis : Shazmie Huzni Mohd Sidik, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply