Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, pihak Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang telah mengadakan satu program yang bertajuk Ramadhan Kongsi Rezeki bersama PAB.
Objektif utama program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi rezeki juadah berbuka puasa kepada mahasiswa dan mahasiswi yang hadir ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program Ramadhan kongsi rezeki bersama PAB ini telah disampaikan oleh Puan Hajah Rosnita binti Haji Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan, diiringi Encik Alias bin Manap, Pembantu Pustakawan Tertinggi dan staf Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang yang bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari.
Diharapkan program ini dapat memupuk semangat kerjasama serta sikap suka membantu dan suka berkongsi dikalangan semua staf UiTM Cawangan Pahang khususnya staf perpustakaan serta mahasiswa dan mahasiswi yang turut hadir memeriahkan program ini. Selain itu, staf perpustakaan juga turut terlibat memberikan sumbangan bagi Program Infaq Iftar (Berbuka Puasa) anjuran Masjid Uwais Al Qarni, UiTM Cawangan Pahang.
Semoga kita peroleh keberkatan dan kebaikan di bulan yang mulia ini serta digandakan pahala dan rezeki berganda serta berpanjangan dari Allah SWT.
Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan