LIVE@PAB : Citizen Science Month

Sempena sambutan Bulan Citizen Science yang dianjurkan oleh National Citizen and Community Science Library Network pada bulan April ini, Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang telah mengadakan program siaran langsung bertajuk Live@PAB: Citizen Science Month pada 5 April 2022 (Selasa).

Program siaran langsung ini telah mendapat tontonan sebanyak 503 tontonan melalui kedua-dua platform, iaitu Facebook dan YouTube. Program Live@PAB ini telah dikendalikan oleh Cik Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, Pustakawan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka bersama dua (2) orang panel jemputan yang cukup hebat dan berpengalaman luas dalam bidang Citizen Science. Panel jemputan yang pertama adalah daripada Universiti Malaya iaitu Associate Prof. Dr. Zeeda Fatimah binti Mohamad, Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian Universiti Malaya dan panel jemputan yang kedua adalah daripada Syarikat Apadilangit iaitu Encik Muhammad Hafez bin Ahmat Murtza, Pengasas serta CEO Apadilangit.

Program yang seiring dengan Sustaiable Development Goal (SDG) 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada penonton khususnya rakyat Malaysia berkaitan kepentingan serta penglibatan masyarakat dalam bidang Citizen Science. Semoga perkongsian dalam sesi siaran langsung ini dapat menarik minat penonton untuk menceburkan diri dalam menyertai projek-projek Citizen Science.

Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan.

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply