Bersempena dengan Ramadhan bagi tahun 1443H, beberapa aktiviti telah dirangka untuk menghidupkan lagi sinar Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini di UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Oleh yang demikian, Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail akan mengadakan pameran maya yang bertajuk Fiqh Puasa.
Pameran maya Fiqh Puasa ini dijalankan untuk berkongsi pelbagai maklumat serta meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penghayatan mengenai erti puasa sepanjang bulan Ramadan
Pameran ini disusun dan direka letak oleh pelajar latihan industri dari Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan dibantu oleh Puan Nurrul Iza Ibrahim, Pembantu Pustakawan selaku editor.
Sila klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pameran Fiqh Puasa : https://bit.ly/PameranMayaIhyaRamadan
Semoga maklumat yang disampaikan dalam pameran ini bermanfaat kepada semua yang membacanya
Terima kasih
Penulis: Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan & Siti Fatihah Mohd Fuzi, Pemb. Pustakawan