Pada 30 Mac 2022, satu taklimat validasi penerbitan di PRIMe telah dijalankan selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Moderator bagi taklimat ini adalah Puan Nur Fatihah Muhamad, Pustakawan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam manakala panel bagi taklimat ini ialah Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof, Pustakawan Kanan di Unit Sokongan Penyelidikan di PTAR UiTM Shah Alam.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membantu para penyelidik di UiTM dalam menggunakan modul penerbitan bagi mendaftar penerbitan mereka dengan sebaiknya. Disamping itu, Sistem PRIMe merupakan satu sistem baharu yang diperkenalkan bagi menggantikan Sistem PRISMa. Hasil dari taklimat itu, ramai dikalangan penyelidik yang memberi komen yang positif yang mana sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam mendaftarkan penerbitan di Sistem PRIMe.
Taklimat ini merupakan hasil kerjasama antara PTAR Kampus Puncak Alam dan Bahagian Penyelidikan dan Inovasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Disamping itu juga, ianya dijalankan secara live dan dipancarkan terus di 2 platform berbeza iaitu Youtube PTAR UiTM dan Facebook Rasmi PTAR UiTM Puncak Alam. Seramai 571 views di Youtube dan 319 views di Facebook PTAR UiTM Puncak Alam. Diharap agar taklimat seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang bagi membantu para penyelidik dalam mendaftarkan penerbitan mereka dengan sebaiknya.
Penulis : Puan Nur Fatihah Muhamad