Pada 28 Mac 2022 PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menjalankan Kunjung Hormat Kepada Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, Dr. Siti Normah binti Awang Tuah. Program ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan medium webex selama 2 jam.
Kunjung Hormat ini merupakan inisiatif PTAR bagi memantapkan Pengurusan Perpustakaan melalui kerjasama dan komunikasi dua hala antara Perpustakaan dengan pihak Pengurusan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Objektif program ini juga adalah untuk mempromosi perkhidmatan sedia ada dan yang baharu iaitu perkhidmatan digital bagi memastikan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dikenali dan diketahui oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang ada di UiTM Cawangan Melaka untuk bekerjasama dalam memantapkan Pengurusan Perpustakaan di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Antara perkara yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:
- Pengenalan Organisasi PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
- Laporan Pencapaian PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
- Aktiviti Sepanjang Tahun 2021 PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
- Repositori Universiti dan Dasar Penyerahan Harta Intelek
- Pengurusan Rekod Universiti
- Penyelidikan Universiti
- Perkhidmatan Digital PTAR
- Harapan PTAR
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin