Kunjungan Hormat ACIS kepada PTAR

PTAR berbesar hati menerima kunjungan hormat Pengurusan Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) pada 25 Mac 2022 hari Jumaat jam 03:00 petang.

Seramai lima orang Pengurusan Kanan ACIS yang diketuai oleh Dekan ACIS, YBhg. Profesor Madya Dr. Mohd Afandi Mat Rani dan tujuh orang staf daripada PTAR yang diketuai oleh Encik Ahamad Zuber Mohamed telah membincangkan perkara berkaitan inisiatif perkhidmatan perpustakaan, program Happy Learning@Library, penyerahan bahan harta intelek dan bahan waqaf sebagai koleksi digital PTAR.

Sesi kunjungan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat PTAR ini bertepatan dengan pelantikan baharu Dekan ACIS berkuatkuasa 15 Mac 2022 yang lalu.

Sesi perbincangan ini telah berjaya memberi pencerahan antara kedua belah pihak disamping memperkukuh jalinan kerjasama demi manfaat pelajar dan pensyarah ACIS.

Encik Ahamad Zuber (dua dari kiri) sedang memberikan taklimat PTAR kepada pengurusan kanan ACIS.
Profesor Madya Dr. Mohd Asmadi Yakob
Wakil PTAR dan wakil ACIS yang hadir sewaktu sesi kunjungan Hormat ACIS.
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply