Pada 9 Mac 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam telah menerima kunjungan lawatan penanda aras dari Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Lawatan itu disertai seramai 25 orang peserta dari Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh dan 8 orang wakil dari PTAR dan pengurusan UiTM Puncak Alam.
Lawatan itu dimulakan dengan taklimat perpustakaan yang diadakan di Dewan Kuliah (DK 500) bertempat di Fakulti Farmasi 2. Usai taklimat, para pelawat dibawa ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bagi sesi Library Tour.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk penambahbaikan perkhidmatan dan koleksi di perpustakaan Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh di samping ianya dapat merapatkan silaturahim serta dapat bertukar-tukar pandangan dan pendapat di kalangan Pendidikan Tinggi dan PTAR.
Penulis : Puan Nur Fatihah Muhamad (Pustakawan)