Program siaran langsung Vitamin Jiwa@PAB: Syaaban Rehearsal Untuk Ramadhan

Pada Selasa, 8 Mac 2022, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menganjurkan Program siaran langsung Vitamin Jiwa@PAB Siri 1/2022 yang bertajuk : Syaaban: Rehearsal Untuk Ramadhan.

Program siaran langsung ini dijalankan secara atas talian melalui platform Facebook Live Stream puitmpahang : https://bit.ly/vitaminjiwa.

Penceramah jemputan untuk program ini ialah Ustazah Siti Yuhanis Suhani binti Ibrahim, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Manakala moderator ialah Cik Nur Syazani Ishmah binti Mohd Kamal Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Al-Bukhari kampus Jengka.

Objektif program ini ialah pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan atau wakaf ilmu yang melibatkan semua warga UiTM. Program ini bertujuan untuk membantu dalam pembentukan warga UiTM yang beriman dan bertakwa.

Program yang berlangsung selama satu (1) jam ini telah mengupaskan pelbagai keistimewaan bulan Syaaban dan lima (5) amalan yang boleh dilakukan di bulan Syaaban.

Pelaksanaan program ini juga secara tidak langsung menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4; Quality Education dan Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-17; Partnerships For The Goals.

Semasa program berlansung
Semasa program berlangsung
Sesi penyerahan cenderahati kepada penceramah

Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Norfitriah Mat Seman PTA Machang Kelantan

Leave a Reply