Pada 20 Januari 2022 bertempat di Makmal Ibnu Sina, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Kampus Bukit Besi telah menganjurkan sebuah bengkel khas untuk staf perpustakaan yang bertujuan untuk memantapkan perkhidmatan perpustakaan sedia ada sempena tahun baharu 2022 dan meningkatkan kualiti penerbitan bahan perpustakaan bagi tujuan promosi agar mencapai standard yang ditetapkan.
Penganjuran bengkel ini adalah terhad kepada staf perpustakaan Bukit Besi sahaja yang seramai 3 orang. Walau pun begitu, atas permintaan, terdapat beberapa staf Dungun yang turut menyertai bengkel ini. Bengkel ini melibatkan dua (2) penceramah iaitu En. Mohd Shahnizam Mat Zain, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UiTM Bukit Besi dan penceramah jemputan, Pn. Nor Azimahwati Aris, Pembantu Pustakawan Kanan.
Antara pengisian bengkel ini adalah berkaitan dengan Reference Desk Management System (RDMS), Article Indexing, Executive Information System yang telah dikendalikan oleh En. Mohd Shahnizam Mat Zain secara bersemuka, manakala Local Content Hub disampaikan oleh Pn. Nor Azimahwati Aris secara atas talian menggunakan Google Meet. Walaupun terdapat gangguan teknikal, bengkel ini dapat dijalankan dengan jayanya dari jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Penulis: Mohd Shahnizam Mat Zain, Pustakawan Kanan