Lawatan daripada tenaga pengajar Kolej Vokasional Muadzam Shah Pahang.

Pada 06 Januari 2022 (Khamis), Perpustakaan Al-Bukhari telah menerima lawatan tenaga pengajar dari Kolej Vokasional Muadzam Shah, Pahang. Lawatan ini bertujuan untuk membuat pencarian bahan pembelajaran berkenaan perkayuan sebagai rujukan untuk pengajaran.

Dalam sesi lawatan ini, Pustakawan Kanan di Perpustakaan Al-Bukhari, Encik Fadhli bin Samsudin,telah memberi taklimat dan membantu dalam proses pencarian bahan yang dikehendaki. Selain pencarian bahan bagi pembelajaran, semua tenaga pengajar dari Kolej Vokasional Muadzam Shah ini telah mendaftar sebagai ahli luar Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

Dengan Pendaftaran sebagai ahli luar ini, secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada tenaga pengajar Kolej Vokasional Muadzam Shah tersebut dalam mendapatkan khidmat nasihat serta kaedah pengurusan, kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka.

Lawatan ini melibatkan seramai 6 orang tenaga pengajar. Hasil lawatan ini dapat menyokong SDG 4 : Quality Education serta SDG 17: Partnerships to achieve the Goal yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Ketibaan tenaga pengajar Kolej Vokasional Muadzam Shah
Di antara tenaga pengajar yang datang
Sesi pencarian bahan dirak
Sesi pencarian bahan dirak
Proses merekod buku-buku yang dipinjam

Disediakan oleh : Roshairi Bin Che Razali, Pembantu Pustakawan Kanan

Norfitriah Mat Seman PTA Machang Kelantan

Leave a Reply