Pada tahun 2022 ini, PTAR terus bergerak aktif dalam menggerakkan program yang bersifat kemasyarakatan atau lebih dikenali sebagai CSR. Inisiatif yang telah menjadi tradisi PTAR sejak sepuluh tahun lalu, telah diperluaskan ke Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya.
Justeru itu, satu aktiviti lawatan tapak telah diadakan pada 20 Januari 2022 yang dibarisi oleh pegurusan profesional PTAR berjumlah tujuh orang dan turut disertai kumpulan guru dari SK Sijangkang Jaya seramai empat orang. Penganjuran program CSR kali ini diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan bersama lain-lain jabatan dalaman PTAR.
Aktiviti lawatan tapak yang mengambil masa selama empat jam ini bermatlamat untuk meninjau keluasan dan kesesuaian susun atur perabot dan perkakasan di dalam pusat sumber. Hasil pengumpulan maklumat dan sesi ramah mesra ini dipercayai akan membantu perjalanan program CSR yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mac 2022.
Semoga penganjuran CSR PTAR tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan jayanya.