Learning

Information Literacy

Bolehkah pihak fakulti / Kolej membuat kolaborasi pembelajaran atau kolaborasi bengkel penulisan akademik bersama dengan pihak perpustakaan? Open

Jika berminat untuk membuat kolaborasi pembelajaran atau bengkel penulisan akademik boleh terus berhubung dengan En. Mohd Hazrul Mohd Hussin di…
  • Jika berminat untuk membuat kolaborasi pembelajaran atau bengkel penulisan akademik boleh terus berhubung dengan En. Mohd Hazrul Mohd Hussin di talian 03-5521 1708 untuk pertanyaan lanjut.

  • Untuk pemilihan modul, boleh dibuat pemilihan melalui 11 modul Kelas Literasi Maklumat yang disediakan atau boleh membuat gabungan modul mengikut kesesuaian kandungan yang diperlukan.

  • Untuk di kampus cawangan, boleh berhubung terus dengan Pustakawan di perpustakaan masing-masing.

0 answers 66 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Bagaimanakah cara untuk memohon sebagai salah seorang konsultan PhD Clinic@PTAR? Open

Jika berminat untuk menjadi salah seorang konsultan PhD Clinic@PTAR kami, sila berhubung terus dengan Puan Eza Eliana di talian 03-5544…
  • Jika berminat untuk menjadi salah seorang konsultan PhD Clinic@PTAR kami, sila berhubung terus dengan Puan Eza Eliana di talian 03-5544 3742.

  • Semua permohonan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.

0 answers 63 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Adakah pelajar yang menghadiri ke sesi pendidikan pengguna perlu membawa laptop masing-masing? Open

Pelajar tidak perlu membawa laptop masing-masing jika kelas dijalankan secara fizikal, kerana setiap kelas akan dilaksanakan di makmal / bilik…
  • Pelajar tidak perlu membawa laptop masing-masing jika kelas dijalankan secara fizikal, kerana setiap kelas akan dilaksanakan di makmal / bilik / pusat / ruang IT di perpustakaan tersebut.

  • Walabagaimana pun, tiada paksaan jika pelajar tersebut lebih selesa untuk menggunakan laptop peribadi masing-masing.

  • Pelajar hanya digalakkan membawa laptop masing-masing jika memohon modul berkenaan dengan Reference Management Software sama ada Endnote atau Mendeley. Ia memudahkan jika ada berlaku masalah teknikal ketika proses instalasi perisian tersebut.

0 answers 54 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Adakah sesi yang dijalankan secara atas talian direkodkan? Open

Setiap sesi yang dijalankan secara atas talian akan direkodkan dan video tersebut akan diberikan kepada peserta yang terlibat untuk rujukan…

Setiap sesi yang dijalankan secara atas talian akan direkodkan dan video tersebut akan diberikan kepada peserta yang terlibat untuk rujukan masing-masing.

0 answers 60 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Apakah kaedah pelaksanaan kelas yang dijalankan? Open

Bagi sesi orientasi, ILP dan KLM kaedah pelaksanaan kelas adalah bergantung kepada pihak pemohon / fakulti / Kolej itu sendiri.…
  • Bagi sesi orientasi, ILP dan KLM kaedah pelaksanaan kelas adalah bergantung kepada pihak pemohon / fakulti / Kolej itu sendiri. Walaubagaimana pun, pihak kami mencadangkan supaya pendedahan dibuat secara fizikal / bersemuka agar setiap pelajar dapat memberi tumpuan yang penuh dan pelajar dapat mengikuti pembelajaran tersebut secara ‘hands-on’.

  • Bagi sesi PhD Clinic@PTAR, sesi HANYA dilaksanakan secara atas talian untuk sementara waktu ini kerana pihak konsultan kami tidak berada di lokasi yang sama atau berdekatan. Walaubagaimana pun, sebarang perubahan dan penambahbaikan akan dimaklumkan kelak.

0 answers 60 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Bagaimana saya hendak membuat tempahan kepada sesi ILP / KLM / PhD Clinic? Open

Tempahan boleh dibuat melalui sistem MyKM PTAR (https://mykm.uitm.edu.my/v4). Klik pada tab ‘Services’ dan pilih ‘eKKM Booking Class’. Sila berhubung dengan…
  • Tempahan boleh dibuat melalui sistem MyKM PTAR (https://mykm.uitm.edu.my/v4).

  • Klik pada tab Services’ dan pilih ‘eKKM Booking Class’.

  • Sila berhubung dengan pustakawan di perpustakaan masing-masing untuk mengetahui tarikh dan waktu yang sesuai.

  • Hanya saeorang sahaja yang perlu membuat permohonan mewakili kelas masing-masing.

0 answers 64 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Adakah perkhidmatan Pendidikan Pengguna yang ditawarkan percuma? Open

Setiap perkhidmatan Pendidikan Pengguna yang disediakan di perpustakaan adalah percuma dan terbuka kepada semua Warga UiTM.

Setiap perkhidmatan Pendidikan Pengguna yang disediakan di perpustakaan adalah percuma dan terbuka kepada semua Warga UiTM.

0 answers 45 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Apakah yang dimaksudkan dengan PHD Clinic@PTAR? Open

PHD Clinic@PTAR adalah inisiatif wakaf ilmu PTAR yang memberikan sesi konsultasi penyelidikan kepada pelajar pasca-siswazah (Sarjana & PhD) bersama-sama dengan…
  • PHD Clinic@PTAR adalah inisiatif wakaf ilmu PTAR yang memberikan sesi konsultasi penyelidikan kepada pelajar pasca-siswazah (Sarjana & PhD) bersama-sama dengan konsultan yang telah dilantik.

  • Pihak konsultan boleh membantu pelajar yang mengalami kesukaran dari segi pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, metodologi kajian dan lain-lain.

  • Kelas ini dilaksanakan secara atas talian dan terhad kepada 3 orang pelajar bagi setiap sesi yang dijalankan.

0 answers 81 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Apakah perbezaan antara Program Asas Literasi Maklumat (ILP) dan Kelas Literasi Maklumat KLM)? Open

Bagi sesi ILP, pelajar akan didedahkan mengenai kepentingan literasi maklumat yang dapat membantu pelajar untuk melengkapkan kerja kursus melalui pengaksesan…
  • Bagi sesi ILP, pelajar akan didedahkan mengenai kepentingan literasi maklumat yang dapat membantu pelajar untuk melengkapkan kerja kursus melalui pengaksesan sumber bahan di perpustakaan, teknik pencarian bahan, strategi penilaian maklumat, kepentingan sitasi, sumber rujukan dan plagiat. Sesi ILP sesuai untuk dihadiri pelajar baharu pra-siswazah semester 1 sahaja. Sesi ini adalah modul asas/pengenalan kepada sesi KLM yang disediakan secara lebih terperinci. 

  • Bagi sesi KLM, terdapat 11 modul yang disediakan untuk pelajar pra dan pasca-siswazah, staf akademik dan pentadbiran yang merangkumi modul asas sehingga modul lanjutan. Kelas ini dapat membantu pelajar serta staf dalam proses pembelajaran serta penyelidikan mereka melalui modul-modul yang telah disediakan secara terperinci. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 11 modul KLM perpustakaan, boleh klik pada pautan (https://library.uitm.edu.my/en/information-literacy-skill-class) atau berhubung terus kepada Pustakawan di Perpustakaan Fakulti / Cawangan / Kampus masing-masing untuk mendapatkan khidmat nasihat secara terperinci mengenai modul yang bersesuaian mengikut keperluan.

0 answers 87 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Adakah sesi Orientasi Perpustakaan ini hanya untuk pelajar baharu pra-siswazah sahaja? Open

Sesi ini terbuka kepada pelajar baharu pra dan juga pasca-siswazah sama ada secara atas talian atau secara fizikal / bersemuka.

Sesi ini terbuka kepada pelajar baharu pra dan juga pasca-siswazah sama ada secara atas talian atau secara fizikal / bersemuka.

0 answers 62 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Bagaimana untuk memohon sesi Orientasi Perpustakaan bagi pelajar baharu? Open

Pelajar baharu akan mengikuti sesi Orientasi Perpustakaan pada waktu Program Minggu Destini Siswa (MDS) berlangsung. Walaubagaimana pun, pihak fakulti/Kolej boleh…
  • Pelajar baharu akan mengikuti sesi Orientasi Perpustakaan pada waktu Program Minggu Destini Siswa (MDS) berlangsung. Walaubagaimana pun, pihak fakulti/Kolej boleh membuat permohonan jika ingin mengadakan sesi Orientasi Perpustakaan melalui Program Pemantapan Destini Siswa (PDS) / EDU5.0@UiTM yang dijalankan diperingkat fakulti/kolej.

  • Permohonan boleh dibuat kepada Pustakawan di Unit Pendidikan Pengguna, Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama atau Pustakawan di Perpustakaan Fakulti/cawangan masing-masing.

0 answers 75 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Bolehkah pelajar lama hadir ke sesi Orientasi Perpustakaan bagi yang tidak pernah menghadiri sebelum ini? Open

Bagi pelajar. lama yang tidak pernah menghadiri ke sesi Orientasi sebelum ini, pihak perpustakaan menyarankan untuk memohon terus kepada sesi…

Bagi pelajar. lama yang tidak pernah menghadiri ke sesi Orientasi sebelum ini, pihak perpustakaan menyarankan untuk memohon terus kepada sesi Kelas Literasi Maklumat atau sesi ILP yang disediakan.

0 answers 63 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Adakah perlu pihak fakulti/kolej untuk menghantar pelajar baharu ke sesi Orientasi Perpustakaan? Open

Pihak perpustakaan mewajibkan pelajar baharu untuk mengikuti sesi Orientasi Perpustakaan agar pelajar terbabit dapat mengenal dan mengetahui jenis kemudahan, perkhidmatan…

Pihak perpustakaan mewajibkan pelajar baharu untuk mengikuti sesi Orientasi Perpustakaan agar pelajar terbabit dapat mengenal dan mengetahui jenis kemudahan, perkhidmatan dan sumber bahan yang disediakan di perpustakaan.

0 answers 64 views Posted  2 months  ago by  intern
Was this helpful?
Loading...
0

Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan Pendidikan Pengguna? Open

Pekhidmatan Pendidikan Pengguna adalah perkhidmatan literasi yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk pelajar, staf akademik dan pentadbiran. Antara…

Pekhidmatan Pendidikan Pengguna adalah perkhidmatan literasi yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk pelajar, staf akademik dan pentadbiran. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  1. Orientasi Perpustakaan
  2. Program Asas Literasi Maklumat (ILP)

Kelas Literasi Maklumat (KLM)

  1. PhD Clinic@PTAR
0 answers 59 views Posted  3 months  ago by  238733
Was this helpful?
Loading...
1

Please publish modules in offcanvas position.