MERU, KLANG – Satu lembaran baharu tercipta dalam dunia pendidikan apabila Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) menjalin kolaborasi dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dalam membangunkan sistem inovatif CERDAS.
Majlis Perasmian Sistem CERDAS berlangsung meriah pada Jumaat, 14 Jun 2024, bertempat di SK Sungai Binjai, Meru, Klang. Memorandum Kerjasama (MOC) antara kedua-dua pihak turut ditandatangani sebagai simbolik permulaan inisiatif berimpak tinggi ini.
Perasmian majlis disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), YBrs. Prof. Dr. Amer Shakir Zainol, yang turut memukau hadirin dengan gimik perasmian montaj gabungan antara sekolah dan PTAR.
Sistem CERDAS, yang merupakan singkatan kepada *Capaian Pantas, Perekodan Mudah dan Analisa Bahan Sepunya*, diperkenalkan sebagai platform yang direka untuk memudahkan tugasan warga sekolah. Inovasi ini diharap dapat mengoptimakan proses pentadbiran dan pengurusan maklumat, seterusnya meningkatkan kecekapan di peringkat sekolah rendah.
Kolaborasi ini dijangka menjadi contoh teladan kepada institusi pendidikan lain dalam menggalakkan penggunaan teknologi untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
{gallery}2024/cerdas{/gallery}