- PTAR, Shah Alam
- CSR PTAR
- Hits: 993
Majlis Perasmian Sistem CERDAS
- PTAR, Shah Alam
- CSR PTAR
- Hits: 829
Program Khidmat Komuniti Bersama Sekolah-Sekolah Negeri Selangor
- PTAR, Shah Alam
- CSR PTAR
- Hits: 489
Program Literasi Maklumat di Sekolah Daerah Jerantut, Pahang
JERANTUT, 7 September 2023 – Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah mengadakan program Khidmat Masyarakat di dua buah sekolah daerah Jerantut, Pahang selama 3 hari bermula 7 September 2023 hingga 9 September 2023.
Objektif program ini adalah membentuk generasi muda yang celik maklumat dan suka membaca.
Seramai 12 orang terdiri daripada staf perpustakaan dan pelajar Latihan Industri terlibat dalam mengendalikan empat aktiviti di SK Kampung Pagi dan SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Staf PTAR diwakili oleh:
- Azura Mohamad Hashim
- Mohd Hazrul Mohd Hussin
- Muhammad Zaidie Bardan
- Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli
- Anis Fadilah Zulkifli
- Abdul Halim Mohd Daud
- Muhammad Hazhar Abdul Aziz
- Zayani Zakaria
- Muniratul Husna Mohd Zaki (Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM cawangan Pahang)
Berikut ialah pelajar Latihan Industri dari Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM cawangan Pahang:
- Muna Farihah Mazul Hisham
- Siti Zubaidah Pahrurozi
- Syed Mohd Ezam Syed Abd Rahim
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Menyediakan IQRA’ Corner di SK Kampung Pagi.
- Melaksanakan program Galakan Membaca bersama pelajar di SK Kampung Pagi.
- Melaksanakan program Celik Maklumat di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
- Melaksanakan program Bacaan Pantas di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Sambutan pelajar terhadap aktiviti literasi maklumat adalah amat menggalakkan apabila seramai 200 orang pelajar telah mengikuti program Celik Maklumat dan Bacaan Pantas manakala 36 orang pelajar telah menyertai program Galakan Membaca.
Ruang IQRA’ Corner yang terbuka, ceria dan terletak di laluan utama pelajar dijangka akan menjadi daya tarikan pelajar untuk membaca.
{gallery}2023/csr_jerantut_pahang{/gallery}
- PTAR, Shah Alam
- CSR PTAR
- Hits: 1081
Ilmu Mengubah Destini (IMD) - SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub, Merlimau, Melaka
Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam bersama Perpustakaan Tun Abdul UiTM Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka merupakan salah satu usaha untuk mentransformasikan pembangunan Pusat Sumber Sekolah Menengah ke arah mewujudkan Pusat Sumber yang berprestasi tinggi demi menyokong Pembelajaran Abad ke-21.
Program Kemuncak CSR: IMD PTAR bagi tahun 2018 :
Tarikh : 18 Oktober 2018
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Abdul Rahman Y’kub,Melimau,Melaka
Objektif Program
- Mentransformasikan pusat sumber sekolah dengan melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal Pusat Sumber Sekolah selari dengan era digital dan ICT abad ke-21.
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam menghasilkan semangat yang positif.
- Meningkatkan kemahiran di dalam memperolehi, menilai dan menggunakan maklumat bagi pembelajaran sepanjang hayat (life long learning).
- Meningkatkan pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan piawaian-piawaian yang ditetapkan.
Program ini seiring dengan aspirasi Universiti Teknologi MARA untuk meningkatkan taraf pendidikan bumiputera melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Gerakan Program Khidmat Masyarakat PTAR telah dijenamakan semula sebagai Program llmu Mengubah Destini (IMD) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bersama dengan Perpustakaan – Perpustakaan UiTM Kampus Negeri dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sumber Berkaitan
{gallery}csr\IMD_Melaka{/gallery}
- PTAR, Shah Alam
- CSR PTAR
- Hits: 1194
Ilmu Mengubah Destini (IMD) Siri 2 - SMKA Nurul Inttifaq, Kuala Besut, Terengganu
{gallery}/csr/2016/{/gallery}