Menyantuni Alumni UiTM Usai Simposium OE 2025
Dublin Core
Title
Menyantuni Alumni UiTM Usai Simposium OE 2025
Description
Selesai Simposium OE 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam menerima kunjungan istimewa dua alumni UiTM yang kini menjadi tokoh dalam bidang masing-masing Tuan Nik Faizal Nik Ahmad, seorang Pakar Produktiviti Kanan dan Perunding Bebas, serta Tuan Hairul Mubarak bin Haji Ibrahim, pemimpin industri berpengalaman luas dalam sektor pembuatan plastik automotif.
Saya berbesar hati menyantuni kehadiran kedua-dua tokoh ini bersama Ketua Bahagian Pelanggan Perpustakaan, En. Mohd Ismail. Kami membawa mereka menelusuri ruang-ruang utama PTAR, termasuklah memperkenalkan mereka kepada khazanah warisan intelektual yang dipelihara dalam Koleksi Khas Jawi.
Kehadiran mereka bukan sekadar kunjungan biasa ia merupakan satu penghormatan dan inspirasi buat warga perpustakaan. Alumni seperti mereka adalah bukti nyata bahawa UiTM telah berjaya melahirkan insan berilmu, berdaya saing, dan memberi impak besar dalam pembangunan negara.
Perpustakaan sebagai nadi ilmu akan terus menyokong dan mendukung agenda universiti dalam menghubungkan jaringan alumni dengan komuniti akademik. Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada kolaborasi strategik antara alumni dan perpustakaan pada masa hadapan.
“Ilmu untuk Dipelihara, Warisan untuk Dikongsi.”

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1319564440175126
Date
04 Ogos 2025
Collection
Citation
“Menyantuni Alumni UiTM Usai Simposium OE 2025,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/77.