Pustakawan Masa Depan: Profesional, Global dan Diiktiraf
Dublin Core
Title
Pustakawan Masa Depan: Profesional, Global dan Diiktiraf
Description
Saya dan seluruh warga PUiTM dengan rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Nurul Aida Noor Azizi, Timbalan Ketua Pustakawan (S12), atas pengiktirafan antarabangsa sebagai Certified ATLAS.ti Professional Trainer oleh ATLAS.ti Academy Berlin pada 29 Julai 2025.
Kejayaan ini adalah refleksi kepada hala tuju strategik PUiTM dalam melahirkan pustakawan berkelas dunia, yang bukan sahaja celik teknologi dan penyelidikan, tetapi juga diiktiraf sebagai tenaga pengajar profesional dalam bidang penyelidikan kualitatif.
Peranan pustakawan hari ini bukan lagi terhad kepada pengurusan koleksi, tetapi meliputi aspek transformasi ilmu, pembangunan penyelidikan, dan pemerkasaan data analitik. Oleh itu, Talent Pool Pustakawan seperti Dr Nurul Aida adalah keperluan yang strategik dan selari dengan misi menjadikan Perpustakaan UiTM sebagai Pusat Pembelajaran Dinamikā (Vibrant Centre of Learning).
Semoga pencapaian ini membuka lebih banyak ruang kolaborasi dan menjadi pemangkin kepada peningkatan kompetensi pustakawan UiTM pada masa akan datang.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1317453613719542
Date
02 Ogos 2025
Collection
Citation
“Pustakawan Masa Depan: Profesional, Global dan Diiktiraf,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/76.