Wasiat Ilmu dari Cendekia: Meraikan Sumbangan Koleksi Berharga YB Senator Datuk Seri Prof. EmeritusDr. Awang Sariyan kepada PTAR
Dublin Core
Title
Wasiat Ilmu dari Cendekia: Meraikan Sumbangan Koleksi Berharga YB Senator Datuk Seri Prof. EmeritusDr. Awang Sariyan kepada PTAR
Description
Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan atas keprihatinan dan kesudian beliau untuk menyumbangkan sebahagian daripada koleksi peribadi beliau ke perpustakaan kami.
Keikhlasan beliau dalam memindahkan koleksi bahan ilmu ke institusi-institusi akademik merupakan satu usaha murni yang amat kami sanjungi. Kami amat berbesar hati dan berasa bertuah kerana PTAR turut tersenarai sebagai salah satu destinasi sumbangan yang dirancang. Koleksi berharga ini, khususnya dalam bidang agama, bahasa dan kebudayaan, pastinya akan memperkayakan khazanah ilmu dan menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada warga UiTM.
Pihak kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut, dan mendoakan agar segala usaha YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dalam menyebarkan ilmu diberkati dan terus memberikan impak positif kepada warga akademik dan negara.

Source
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1311375324327371
Date
26 Julai 2025
Collection
Citation
“Wasiat Ilmu dari Cendekia: Meraikan Sumbangan Koleksi Berharga YB Senator Datuk Seri Prof. EmeritusDr. Awang Sariyan kepada PTAR,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/72.