Perpustakaan Tun Abdul Razak terima sumbangan SSM untuk Pembangunan Koleksi Khas Jawi UiTM

Dublin Core

Title

Perpustakaan Tun Abdul Razak terima sumbangan SSM untuk Pembangunan Koleksi Khas Jawi UiTM

Description

Alhamdullilah, menerima Dana Tanggungjawab Sosial Korporat untuk Pembangunan Koleksi Jawi, Perpustakaan Tun Abdul Razak bernilai RM 20,000 sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Majlis Perasmian Penutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh YB Menteri Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup pagi tadi.

Rezeki sumbangan ini digunakan untuk menyediakan peralatan yang lebih sesuai untuk mempamerkan koleksi naskhah berharga terutama Jawi lama. Selain dalam bentuk fizikal, usaha Perpustakaan untuk memartabatkan Koleksi Jawi juga disediakan dalam bentuk digital untuk capaian lebih ramai kepada komuniti.

Terdahulu pada tahun 2024, kami bermula dengan menerima sokongan pelbagai pihak untuk menjayakan pembangunan Koleksi Jawi ini dalam bentuk sumbangan naskhah oleh warga UiTM, alumni dan juga individu luar yang berminat dengan usaha ini. Lebih manis, usaha ini mulai mendapat tempat di hati ramai insan.

InsyaAllah, kami akan berusaha lebih lagi untuk menyediakan rumah ilmu ini dengan koleksi Jawi yang berharga. Semuanya untuk dirujuk generasi kini dan akan datang tentang nilai dan makna budaya kita.

Kunjungi Koleksi Khas Jawi UITM di Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk melihat dan merujuk naskhah hebat karya ulama Alam Melayu.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1146559884142250

Date

16 Januari 2025

Files

494739272_1237774311687473_8711425463126155092_n (1).jpg
494184103_1237774061687498_6646154356092691292_n.jpg
494988278_1237774051687499_1874621912638506233_n.jpg
494756100_1237774038354167_6806984283715765926_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Perpustakaan Tun Abdul Razak terima sumbangan SSM untuk Pembangunan Koleksi Khas Jawi UiTM,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/35.

Output Formats