Pelaksanaan audit dalam: Pacu kecekapan penyampaian perhidmatan perpustakaan

Dublin Core

Title

Pelaksanaan audit dalam: Pacu kecekapan penyampaian perhidmatan perpustakaan

Description

Perpustakaan Tun Abdul Razak selesai melaksanakan Audit Dalam Bilangan 2/2024 dengan lancar di mana kali ini melihat kepada komitmen pengurusan, pengurusan kualiti, pengurusan sumber manusia dan kolaborasi, perkhidmatan serta operasi pemprosesan bahan.

Fungsi audit dalaman kali ini bertujuan untuk memberikan jaminan bebas dan objektif kepada pengurusan serta pihak berkepentingan bahawa operasi organisasi dijalankan dengan cekap, berkesan dan selaras dengan piawaian ISO9001:2015 yang ditetapkan.
Hasilnya akan menjamin integriti operasi organisasi melalui penilaian risiko, kawalan, dan tadbir urus untuk penyampaian perkhidmatan yang terbaik.

Saya pasti audit dalam membantu organisasi mencapai objektifnya dengan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan, dan proses tadbir urus yang berkesan.

Terdahulu Pembukaan Audit Dalam Bilangan 2/2024 telah dilaksanakan pada 17 Disember 2024 yang dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian, Pustakawan, staf Pelaksana, auditor dan auditee Perpustakaan Tun Abdul Razak serta Perpustakaan Fakulti. Skop dan Pelan Audit Dalam juga dibentangkan oleh Ketua Sistem Audit, Puan Siti Aishah Saadan sebagai panduan pelaksanaan sepanjang tempoh sesi audit berjalan.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Audit Dalam tahun 2024.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1131815975616641

Date

23 Disember 2024

Files

494412344_1237524068379164_3725380967804536836_n.jpg
494383931_1237523825045855_761689845681439186_n.jpg
494303504_1237523691712535_8654411750870582912_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Pelaksanaan audit dalam: Pacu kecekapan penyampaian perhidmatan perpustakaan,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/30.

Output Formats