Perhimpuan Alumni pertama selepas 25 Tahun naiktaraf dari ITM kepada UiTM

Dublin Core

Title

Perhimpuan Alumni pertama selepas 25 Tahun naiktaraf dari ITM kepada UiTM

Description

Alhamdullilah, hari bersejarah disambut bersama hampir 2,000 orang yang terdiri daripada alumni Dewan Latehan RIDA, Institut Teknologi MARA dan Universiti Teknologi MARA pagi tadi di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM. Kelihatan ramai wajah-wajah yang tidak asing yang suatu ketika dahulu yang pernah menjadi warga ITM dan UiTM.

Hari Alumni UiTM disambut hari ini adalah bersempena memperingati tarikh 19 Disember 1964 yang merupakan hari pertama Majlis Konvokesyen Dewan Latehan RIDA.

Antara simbolik hari ini adalah peluncuran buku Citra Bitara dan Alumni Dewan Latehan RIDA yang sangat bermakna dalam usaha menghargai sejarah dan warisan institusi pengajian tinggi di Malaysia serta kejayaan alumni Dewan Latehan RIDA - ITM suatu ketika dahulu. Peluncuran naskhah hebat ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Tanpa alumni terdahulu, tidak akan wujud kita pada hari ini. Hargai universiti keramat ini, lambang perjuangan dan harapan yang tidak pernah selesai.

Source

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1125310279600544?ref=embed_post

Date

19 Disember 2024

Files

494989086_1237141275084110_3902069900820008124_n.jpg
494608302_1237140531750851_5458836857820312081_n.jpg
494501013_1237141345084103_3438962417494841666_n.jpg

Collection

Citation

“Perhimpuan Alumni pertama selepas 25 Tahun naiktaraf dari ITM kepada UiTM,” Catatan Ketua Pustakawan UiTM, accessed November 28, 2025, https://library.uitm.edu.my/catatankp/items/show/29.

Output Formats