Majlis Pelancaran & Taklimat Kesedaran EKSA

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Jawatankuasa EKSA, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam telah menganjurkan Majlis Pelancaran & Taklimat Kesedaran EKSA(Ekosistem Kondusif Sektor Awam) pada:
Tarikh : 28 Jun 2019 (Jumaat)
Masa   : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Seminar, PTAR Utama Shah Alam

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk:

  1. Mewujudkan kesedaran di kalangan staf dan pegawai PTAR bahawa meningkatkan hasil kerja melalui EKSA memerlukan komitmen yang tinggi serta usaha berterusan
  2. Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik sistematik supaya selaras dengan piawaian Pensijilan EKSA
  3. Menyemai semangat kerja berpasukan antara staf dan pegawai PTAR bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan kualiti selaras dengan matlamat PTAR
  4. Membina disiplin dan sikap yang lebih tinggi antara pekerja awam, staf, dan peqawai melalui pengwujudan tempat kerja yang bersih, selesa dan teratur

#eksaptar