Majlis Pelancaran Read@uni Peringkat Uitm Dan Bicara Buku Bersama Naib Canselor Uitm 

Shah Alam – Pada malam 2hb Oktober 2019 (Rabu), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Majlis Pengetua Kolej UiTM shah Alam telah mengadakan Majlis Pelancaran Read@Uni Peringkat UiTM diadakan merupakan simbolik tanda sokongan dan pelaksanaan program Read@Uni yang telah diadakan di UiTM seluruh Malaysia dengan pelaksanaan sebanyak 130 aktiviti, 19 205 penyertaan yang terdiri dalam kalangan warga UiTM dan Komuniti Luar.

 

Program Read@Uni dengan Slogan "With Knowledge We Lead" telah dilaksanakan dengan penyelarasan oleh perpustakaan di semua IPT Awam dan Swasta bagi menyemarakkan lagi kempen budaya membaca di institusi masing-masing dan membantu dalam menyokong aspirasi mewujudkan dekad membaca 2030. Program ini akan dilaksanakan secara terancang dan berterusan di seluruh UiTM bagi memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan ke arah mewujudkan warga universiti berbudaya membaca dan cintakan ilmu.

 

Objektif Program adalah:

  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan warga universiti.
  2. Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan warga universiti.
  3. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.
  4. Memberi pendedahan kepada pelanggan berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.
  5. Memperkenalkan dan melancarkan Learning College yang merupakan inisiatif Majlis Pengetua Kolej untuk menjadikan kolej sebagai Pusat Pembelajaran Kedua yang akan menjadi antara program Read@Uni kepada para pelajar dan pihak kolej.

Malam tersebut akan juga disampaikan anugerah khas perpustakaan yang terbahagi kepada empat(4) kategori iaitu:

  1. Anugerah Ikon Membaca UiTM- Ikon Membaca UiTM adalah anugerah inisiatif Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda. Pemilihan ikon adalah berdasarkan berdasarkan keaktifan ikon dalam penyelidikan dan penerbitan selain mempunyai minat membaca dan dapat memberi inspirasi dan memupuk budaya membaca kepada warga Universiti dan Komuniti luar.
  2. Anugerah Peminjam Buku Terbanyak- Menganugerahkan Peminjam Buku Terbanyak Perpustakaan kepada 3 kategori pelanggan iaitu Pelajar, Staf Pentadbiran dan Staf Akademik. Ia sebagai tanda penghargaan dan memberi semangat terhadap sokongan mereka dalam menggunakan perkhidmatan pinjaman buku perpustakaan.

      3 .Anugerah Pelanggan Setia - Menganugerahkan pelanggan yang datang ke perpustakaan secara fizikal dan menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua untuk membuat rujukan, pembelajaran dan cetusan idea serta kreativiti

  1. Anugerah Penggunaan Sumber Bahan Elektronik- Menganugerahkan pelanggan yang tertinggi menggunakan Sumber Bahan Elektronik langganan PTAR

 

 

#ReadUni

#Malaysiabersih

#UiTMdihatiku

#kitaUiTM