Kewujudan jawatan Penasihat Undang-Undang bermula dengan keputusan Majlis Institut Teknologi MARA ke-5 pada 21 Ogos 1997 yang meluluskan pewujudan serta pelantikan jawatan tersebut. Seterusnya, melalui keputusan LPU ke-54 pada 24 April 2003, Penasihat Undang-Undang dijadikan ahli turut hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Seiring perkembangan institusi, mulai 1 Ogos 2024, Pejabat Penasihat Undang-Undang secara rasmi dikenali sebagai Jabatan Undang-Undang, selaras dengan Pekeliling Naib Canselor Bil. 7 Tahun 2024.

Bermula tahun 1997 sehingga kini, jawatan ini dipegang oleh pakar-pakar perundangan berkaliber yang memastikan hala tuju undang-undang universiti sentiasa kukuh, relevan dan berwibawa. Berikut merupakan senarai peneraju Penasihat Undang-Undang dari tahun 1997 sehingga kini : 

Bil Nama  Tempoh Jawatan
1 Profesor Dr. Shad Saleem Faruqi 1 September 1997 - 1999 Penasihat Undang - Undang
2000 – 2002 Penolong Naib Canselor (Tugas Khas & Undang-Undang)
2003 – 17 November 2006 Penasihat Undang-Undang 
2 Profesor Madya Mahanum Adam 20 November 2006 - 5 Mac 2007 Penasihat Undang-Undang 
3 Profesor Madya Haidar Dziyauddin 2006  Pemangku Penasihat Undang-Undang
4 Mac 2007 - 31 Disember 2010 Penasihat Undang-Undang 
4 YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi 1 Januari 2011 - 31 Januari 2017 Penasihat Undang-Undang 
5 Profesor Dr. Haidar Dziyauddin 15 Mac 2017 – 15 Jan 2024 Penasihat Undang-Undang 
6 Profesor Dr. Hartini Saripan 1 Julai 2024 – Kini Penasihat Undang-Undang 

 

Sumber : Pejabat Penasihat Undang-Undang, UiTM (2025)

Kami turut mengabadikan poster-poster lantikan serta penghargaan terima kasih sepanjang perjalanan perkhidmatan pemimpin ini — sebagai tanda kenangan dan penghormatan atas dedikasi yang telah dicurahkan.

Profesor Dr. Hartini Saripan

Profesor Dr. Haidar Dziyauddin

 

powered by social2s