

Model kereta Proton Saga Generasi Pertama, merupakan model ikonik keluaran Proton pada 1985. Reka bentuk lampu hadapan segi empat, gril hadapan dengan logo klasik Proton, serta bentuk yang ringkas dan praktikal sangat sinonim dengan model ini. Proton ketika itu banyak digunakan sebagai kenderaan rasmi jabatan kerajaan, termasuk unit rondaan keselamatan, kerana ketahanan enjin dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Kenderaan ini milik Unit Peronda Kampus, Bahagian Keselamatan ITM Shah Alam melalui rakaman foto sekitar tahun 1995 hingga Julai 1996. Kehadirannya di laluan kampus dan kawasan pentadbiran ketika itu menjadi simbol pengawasan, disiplin dan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan warga sentiasa terpelihara tidak mengira siang dan malam. Hari ini, model ini kekal sebagai sebahagian daripada sejarah automotif negara serta saksi perkhidmatan barisan keselamatan yang pernah berbakti pada zamannya.