Unit Pengurusan Risiko (UPR) ditubuhkan pada 3 Julai 2013. Dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar FASc. Penubuhan Unit Pengurusan Risiko telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat Majlis Jawatankuasa Eksekutif Bil 8/2013 pada 10 Jun 2013. Kepercayaan diberi kepada Prof. Madya Dr Hayati Mohd Dahan, Prof. Dr. Nor'Azam Haji Mastuki, Prof. Madya Dr. Azmi Abd Hamid, Prof. Madya Dr. Mohd Nizal bin Haniff, Prof. Dr. Roslina binti Ab. Wahid untuk menerajui Unit Pengurusan Risiko dan kini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Norhaslinda Kamaruddin. Unit Pengurusan Risiko berperanan mengurus dan menyelaras hal ehwal pengurusan risiko yang terdiri daripada aspek strategik, operasi dan projek universiti.

Penubuhan UPR adalah selaras dengan saranan Kementerian melalui Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bertajuk Garis Panduan bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Dalam Sektor Awam, Unit Pengurusan Risiko yang terdiri daripada aspek strategik, operasi dan projek universiti. Di samping itu, UPR juga bertanggungjawab memupuk budaya celik risiko di kalangan warga UiTM, menyelaras risiko unversiti, mewujudkan mekanisma pengurusan risiko dan melindungi reputasi dan imej UiTM.

Seiring dengan transformasi UiTM dan tadbir urus yang baharu, pada Ogos 2015 dan Pekeliling Naib Canselor Bil. 6/2019 bertarikh 25 Julai 2019, UPR ditempatkan di bawah Naib Canselor UiTM dan melapor terus kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Seterusnya, melalui Pekeliling Naib Canselor Bilangan 7 Tahun 2024, Unit Pengurusan Risiko (UPR) dinaiktaraf kepada Pusat Pengurusan Risiko (PPR) bermula pada 1 Ogos 2024.

Pusat Pengurusan Risiko bertanggungjawab dalam perkara berikut:

1.Membantu pihak pengurusan mewujudkan satu proses pengurusan risiko yang berhemat, efisien, efektif, dan mampan
2.Memperkasakan sistem tadbir urus dan kawalan dalaman universiti
3.Menyokong pelaksanaan pelan strategik universiti
4.Memupuk amalan celik risiko di kalangan warga universiti

powered by social2s