Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) adalah salah satu daripada fakulti kejuruteraan yang terdapat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengendalikan program profesional dengan mengintegrasikan sains, industri dan teknologi di dalam bidang kejuruteraan elektrik. Bermula seawal tahun 1967 dimana ketika itu Tan Sri Dato’ Dr Arshad Ayub merupakan Pengetua Kolej MARA penubuhan entiti Kejuruteraan di UiTM bermula dengan nama Kajian Kejuruteraan yang merangkumi Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Sains Kejuruteraan dengan menawarkan kursus-kursus pada peringkat Diploma Lanjutan.
Pada 01 Ogos 1996, struktur Kejuruteraan telah diubah di mana Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah dinaikkan taraf kepada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan bertempat di Menara Sultan Abdul Aziz Shah dan mula berpindah ke Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah secara berperingkat sehingga bangunan tersebut disiapkan sepenuhnya pada tahun 2003.
Disamping kampus induk di Shah Alam kursus-kursus di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik juga ditawarkan di kampus-kampus cawangan UiTM iaitu:
UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan
UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
Menyusuri sejarah selama 57 tahun, FKE mengembangkan sayapnya dan telah menawarkan pelbagai program pengajian akademik bukan sahaja di Kampus Shah Alam malahan Kampus Cawangan seperti berikut:
|
Bil. |
Nama Program |
Lokasi Penawaran* |
Tahun Mula |
|
1. |
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) |
|
1994 |
|
2. |
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) |
|
1994 |
|
3. |
Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik) |
UiTM Shah Alam |
2000 |
|
4. |
Doktor Falsafah (Kejuruteraan Elektrik) |
UiTM Shah Alam |
2001 |
|
5. |
Sarjana Sains Kejuruteraan Telekomunikasi Dan Maklumat |
UiTM Shah Alam |
2006 |
|
6. |
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian |
UiTM Shah Alam |
2008 |
|
7. |
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian |
UiTM Shah Alam |
2008 |
|
8. |
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dengan Kepujian |
UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh |
2019 |
|
9. |
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dengan Kepujian |
UiTM Shah Alam |
2022 |
|
10. |
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) Dengan Kepujian |
UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh |
2022 |
|
11. |
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pendigitalan Dan Automasi) Dengan Kepujian |
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, |
2023 |
|
12. |
Sarjana Sains Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dengan Pengurusan |
UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh |
2023 |
|
13. |
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Pintar Elektronik) Dengan Kepujian |
UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, |
2024 |
Pada 29 Mac 2021, di bawah agenda transformasi UiTM, empat (4) fakulti kejuruteraan, iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, dan Fakulti Kejuruteraan Kimia telah disusun semula dan digabungkan di bawah Kolej Kejuruteraan, UiTM. Penubuhan Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) disokong dengan kelulusan Jabatan Pendidikan Tinggi dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti.
Walaubagaimanapun pada 1 Mei 2025, Universiti Teknologi MARA telah melaksanakan penstrukturan semula Kolej Pengajian Kejuruteraan kepada fakulti. Bergelar Fakulti Kejuruteraan Elektrik, FKE komited untuk menyediakan program-program akademik dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang berkualiti demi melahirkan jurutera elektrik atau elektronik yang professional, beretika, diiktiraf secara global dan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. FKE akan melaksanakan sistem pengurusan profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah organisasi yang unggul.
Barisan peneraju yang telah memimpin fakulti dari awal hingga terkini :

| Bil. | Nama | Jawatan | Tarikh Lantikan | Tarikh Tamat |
| 1 | Profesor Madya Dr Hairi bin Abu Bakar | Dekan Kajian Kejuruteraan Elektrikal / Fakulti Kejuruteraan Elektrik | 1 Ogos 1998 | 31 Julai 2000 |
| 2 | Profesor Ir Dr Shah Rizam binti Hj Mohd Shah Baki | Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik | 12 Ogos 2000 | 11 Ogos 2002 |
| 3 | Profesor Dr Yusof Md Salleh | Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik | 19 Ogos 2002 | 30 Jun 2008 |
| 4 | Profesor Dr Titik Khawa Abdul Rahman | Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik | 1 Julai 2008 | 31 Mei 2011 |
| 5 | Profesor Ir Dr Hj Mohd Nasir Taib | Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik | 1 Jun 2011 | 31 Julai 2019 |
| 6 | Profesor Ir. Ts Dr Juliana Johari | Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik | 1 Ogos 2019 | 31 Disember 2020 |
| 7 | Profesor Ir. Dr Ahmad Farid bin Abidin | Menjalankan tugas Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik | 1 Januari 2021 | 14 Mac 2021 |
| 8 | Profesor Ir. Dr Ahmad Farid bin Abidin | Ketua Pengajian Kejuruteraan Elektrik (Kolej Pengajian Kejuruteraan) | 15 Mac 2021 | 30 September 2022 |
| 9 | Profesor Madya Ir Dr Hasmaini Mohamed | Ketua Pengajian Kejuruteraan Elektrik (Kolej Pengajian Kejuruteraan) | 10 Januari 2022 | 30 April 2025 |
| 10 | Profesor Ir. Dr Ahmad Farid bin Abidin | Dekan | 1 Mei 2025 | Sekarang |
Sumber : Pejabat Fakulti Kejuruteraan Elektrik (Ogos 2025)