Berkuat kuasa 1 Ogos 2011, Dewan Annexe yang terletak di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam telah ditukar nama kepada Anjung Sri Budiman dengan persetujuan penuh Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM. Penukaran nama ini bertujuan melaksanakan penjenamaan baharu dengan penggunaan nama dalam bahasa Melayu yang lebih mencerminkan identiti UiTM sebagai institusi pendidikan Melayu dan Bumiputera.

Dewan ini juga telah menyaksikan penganjuran pelbagai majlis bersejarah ITM yang signifikan seperti laluan kepada Perarakan Utama Istiadat Konvokesyen di Dewan Besar atau juga dikenali dengan nama Dewan Sri Budiman. Bangunan ini mencipta kenangan sebagai ruang penting dalam perjalanan dan perkembangan institusi ini.

Sumber : Buletin SALAM@UiTM Julai-Disember 2011

powered by social2s