Pengiktirafan ini mengiktiraf lebih dua dekad sumbangan beliau dalam memacu kecemerlangan jaminan kualiti pendidikan tinggi sejak 1997, bermula di Lembaga Akreditasi Negara (LAN), kemudian Badan Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), dan kini MQA. Beliau telah memainkan peranan penting sebagai penilai, Ahli Majlis MQA, dan penasihat strategik dasar kualiti akademik negara. UiTM turut diraikan apabila menjadi finalis bagi Anugerah Audit Kualiti Dalaman (IQA) melalui Institute of Quality and Knowledge Advancement (InQKA), serta Anugerah Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) melalui Institute of Continuing Education & Professional Studies (ICEPS).
Anugerah MQA 2025 yang julung kali diadakan ini menghimpunkan pengiktirafan tertinggi kepada institusi dan individu dalam bidang kualiti akademik, inovasi, dan tadbir urus, selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025–2035.
- Naib Canselor UiTM Dinobat Penerima Tokoh Jaminan Kualiti (Dalam Negara).Bernama. (https://www.bernama.com/bm/news.php/?id=2455840)
- Kredit foto Pejabat Komunikasi Strategik UiTM