Program Perpustakaan Bergerak @ Teratak Cendekiawan Bil. 1 2019 UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Tarikh              : 25 Mac 2019 sehingga 27 Mac 2019

Masa                : 9.00 pagi hingga 3.00 petang          

Tempat            : Bangunan Integriti UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Peserta             : 72 pengunjung

Program Perpustakaan Bergerak @ Teratak Cendekiawan adalah program tahunan yang diadakan setiap tahun bagi mendekatkan perkhidmatan Perpustakaan Cendekiawan kepada komuniti UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun. Sebagaimana KPI yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Staf Perpustakaan Cendekiawan Bilangan 1 2019 pada 17 Januari 2019 yang lalu, program tersebut akan diadakan sebanyak 4 kali setahun. Ianya diadakan di lokasi luar bangunan perpustakaan seperti di bangunan Integriti, bangunan Sarjana dan beberapa lokasi yang lain yang dirasakan sesuai untuk membolehkan pelanggan, terutamanya staf pentadbiran untuk membuat pinjaman bahan  perpustakaan.

Program ini antara lain adalah bertujuan untuk menggalakkan staf pentadbiran khususnya, untuk membaca, seterusnya melahirkan warga staf UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun yang berilmu dan berpengetahuan.

Antara objektif program ialah:

a)   Menggalakkan budaya membaca di kalangan staf pentadbiran khususnya, dan warga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun umumnya.

b)   Mendekatkan perpustakaan dengan komuniti kampus UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun dengan membawa bahan bacaan fizikal lebih dekat dengan komuniti sasaran.  

c)   Melahirkan staf UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun yang kompeten, berkualiti dan berpengetahuan luas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *