“Sepanjang bulan April 2019 Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Mini Karnival READ@UNI 2019. Pelbagai pengisian program yang dirangka bagi menjayakan Mini Karnival ini. Sebanyak 11 Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan April ini bagi menyemarakkan Program READ@UNI, antaranya adalah Bedah Buku oleh Penulis terkenal, Ulasan Buku oleh para pelajar, Seminar Percuma penggunaan EndNote dan Formatting thesis dan banyak lagi. Mini Karnival READ@UNI 2019 ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga UiTM tentang kepentingan membaca bukan sahaja bagi menyiapkan tugasan (assignment) mereka, namun sebagai penambahan ilmu pengetahuan kepada mereka” . Program ini dihadiri seramai 1,200 orang.

Untuk maklumat lanjut boleh melawat dipautan MINI KARNIVAL|READ@UNI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *