Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengadakan Pameran Buku Bertema @ PAB sempena Hari Hutan Antarabangsa. Pameran ini mempamerkan bahan bacaan berbentuk buku yang berkaitan dengan tema hutan. Objektif utama pameran adalah untuk mempromosikan bahan bacaan yang ada di perpustakaan serta menyokong proses pembelajaran di kampus yang menawarkan subjek perhutanan. Kumpulan sasaran pameran ini ialah pelajar dan staf kampus. Pameran ini berjaya meningkatkan peminjaman bahan bacaan dan memberi kesedaran kepada pengguna bahawa wujudnya koleksi sedemikian di perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *