Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menganjurkan Program Buku PAB @ PWTC. Program ini menetapkan pelajar dan staf yang berminat perlu meminjam dan berkongsi bahan bacaan yang telah dibaca di dalam satu link yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Al-Bukhari. Penyertaan yang terpilih akan di bawa ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC.

Objektif utama program adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan warga institusi. Kumpulan sasaran program ini ialah pelajar dan staf kampus. Program ini berjaya menarik penyertaan yang menggalakkan dan para peserta menunjukkan kesungguhan dalam memenuhi setiap syarat yang ditetapkan. Ini menunjukkan keinginan untuk membaca masih tebal dalam diri para peserta. Jumlah penyertaan program adalah seramai 32 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *