Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menyampaikan buku sumbangan melalui Program Wakaf Buku 2.0.

Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2019 dan sumbangan diterima dari pelbagai pihak termasuklah orang luar UiTM.

Antara sumbangan yang berjaya dikumpul ialah langganan Majalah Solusi selama 2 tahun, Majalah Asuh selama 1 tahun, dan komik MISI yang baru sebanyak 31 naskah. Objektif utama program adalah untuk memberi peluang kepada golongan yang kurang bernasib baik untuk mempunyai akses kepada bahan bacaan yang berkualiti dan berkondisi sempurna.

Kumpulan sasaran program ini ialah kanak-kanak pelajar pusat terbabit. Program ini berjaya mengumpul bahan bacaan yang mencukupi untuk dibahagikan kepada pihak Anjung Singgah YKN Kuala Lumpur, Buku Jalanan Chow Kit, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, KL Krash Pad dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Jumlah penerima sumbangan sebanyak 5 pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *