Khamis, 18 Mei 2023: Telah berlangsung program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit sempena Hari Buku & Hakcipta Sedunia yang diadakan secara serentak di seluruh negara bermula pada 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Program ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan masyarakat terutama warga UiTM Cawangan Kedah untuk membudayakan tabiat membaca sejajar dengan objektif program Read@UiTM. Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah turut sama-sama menyokong pelaksanaan program ini dengan penglibatan semua pengguna dan warga kerja dengan melaksanakan aktiviti bacaan sepanjang tempoh program berlangsung.

Tema yang dipilih pada tahun ini adalah “Baca Bina Insan”. Diharapkan program dan amalan murni โ€˜Jom Baca Bersama 10 Minitโ€™ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras masyarakat proaktif dan berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *