9 Januari 2023 – Buat julung kalinya, Pejabat Pentadbiran dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak menganjurkan ‘Library Tour‘ buat staf baharu UiTM Cawangan Perak di kampus Seri Iskandar. Program ini mengumpulkan 23 orang staf baharu khususnya staf Pentadbiran yang dilantik bermula awal tahun 2020.

Para peserta dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi memberikan makluman dan penerangan berkaitan perkhidmatan yang disediakan kepada warga kampus sama ada pelajar mahupun staf. Penerangan yang terperinci berkenaan perkhidmatan fizikal dan digital diberikan oleh Puan Nur Dayana, Pustakawan UiTM Cawangan Perak di Bilik IT II, PTAR pada jam 10 pagi. Aktiviti ‘Hands on‘ juga turut sama dijalankan bagi memastikan para perserta faham dan jelas dalam menggunakan setiap perkhidmatan perpustakaan.

Disediakan oleh: Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *