18 Mei 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak : Sains dan Teknologi dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library@PST 2023 dimana penganjuran program berkenaan telah diadakan di perkarangan HE AND SHE COFEE di bangunan Fakulti FSKM bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.

Inisiatif warga PTAR Sains dan Teknologi dalam meningkatkan budaya membaca dikalangan warga UiTM diteruskan lagi melalui pendekatan membawa bahan bacaan terus kepada warga UiTM dibalas dengan sambutan yang amat memberangsangkan daripada warga fakulti dimana para pelajar dan staf amat mudah untuk didekati dan sangat berminat untuk terlibat sama dengan aktiviti dan pengisian yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung.

Aktiviti kuiz pengetahuan am, sesi perkongsian ilmu dari tenaga pengajar pakar berkaitan penggunaan portal UiTM library serta koleksi bahan bacaan yang tersedia untuk dipinjam berjaya menjadi tarikan kepada warga fakulti yang terlibat. Penerangan kepada lebih 27 orang pengguna mengenai Portal UiTM library membuka pengetahuan baru kepada pelajar yang sebelum ini hanya dilawati untuk pencarian bahan di OPAC sekarang sudah bertukar menjadi one stop center kepada pelajar untuk mendapatkan pelbagai sumber maklumat yang tidak terhad kepada buku fizikal sahaja.

Melalui program ini, usaha bagi meningkatkan lagi budaya membaca telah berjaya disebar luas kepada golongan pelajar dan staf yang terlibat sekaligus menyokong inisiatif read@UiTM yang dipacu oleh kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *