17 Mei 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak : Sains dan Teknologi dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Melati telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library@PST 2023 dimana penganjuran program berkenaan telah diadakan di Ruang Legar laluan pelajar Kolej Melati bermula dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang
Seiring dengan objektif penganjuran Program Read@UiTM iaitu bagi meningkatkan budaya dan nilai membaca dikalangan warga UiTM pihak PTAR telah membawa pelbagai koleksi bahan bacaan ilmiah serta berfaedah terus kepada warga Kolej Melati, direkodkan jumlah pinjaman yang berjaya diperolehi pada hari berkenaan adalah sebanyak 23 naskhah dan seramai 21 orang pelajar telah didedahkan kepada penggunaan Mobile Apps PTAR dari segi proses muatnaik ke telefon pintar serta cara penggunaanya. Kaedah semakan maklumat seperti pencarian bahan pada pangkalan data atas talian, penggunaan MyKM Portal turut didedahkan disepanjang program dijalankan.
Menerusi inisiatif koleksi bacaan yang dibawa terus kepada warga, budaya membaca warga kolej Melati dapat dipertingkatkan, selain itu perkongsian ilmu dari tenaga pengajar yang menerangkan aspek penggunaan “rujukan maya” yang boleh diakses terus dari peranti pintar dapat mendekatkan lagi warga kolej Melati yang secara amnya terdiri daripada golongan pelajar kepada sumber ilmu yang terdapat di perpustakaan walau dimana sahaja mereka berada.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *