Pada Isnin dan Selasa, 22 hingga 23 Mei 2023 lalu, telah berlangsung program Pit Stop: Mobile Library yang diadakan di Pekarangan Medan Selera, UiTM Kampus Rembau. Program tersebut diadakan selama lima (5) jam, bermula 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk semakan akaun pengguna, peminjaman dan pemulangan bahan serta promosi perkhidmatan perpustakaan.

Ini merupakan kali ketiga program berbentuk mobile library ini dianjurkan oleh PTAR Kampus Rembau, dan ia mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pengunjung. Program Pit Stop PTAR ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk minat membaca warga kampus sejajar dengan objektif program Read@UiTM, selain mempromosikan bahan rujukan dan perkhidmatan di PTAR Kampus Rembau.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Unit Pengurusan Kolej & NR, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau atas kerjasama memberi kebenaran untuk program dijalankan di lokasi tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *