15 Mei 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak : Sains dan Teknologi dengan kerjasama Pihak Pengurusan Pelajar Non Resident UiTM telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library@PST 2023 dimana penganjuran program berkenaan telah diadakan di Ruang Legar Kompleks Prima Siswa (ruang legar Bank Islam) bermula dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang

Objektif program ini dijalankan adalah bertujuan bagi meningkatkan budaya dan nilai membaca warga UiTM melalui inisiatif Read@UiTM dimana pihak PTAR telah membawa pelbagai koleksi bahan bacaan yang berfaedah ke lokasi atau tempat tumpuan warga UiTM. Selain dari kepelbagaian koleksi, Program ini juga turut disertai oleh Pustakawan Kanan selaku tenaga pengajar bagi memperkenalkan serta menerangkan segala perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan.

Menerusi Program ini, pengunjung yang hadir telah mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan. Dimana aktiviti yang diadakan pada program ini terdiri daripada kepelbagaian koleksi buku untuk pinjaman, Kuiz Pengetahuan Am, penerangan berkaitan penggunaan Mobile Apps PTAR, kaedah penggunaan pengkalan data atas talian, pengaksesan kertas peperiksaan lepas, serta kaedah bacaan yang sistematik telah diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *