Pada 8 hingga 10 Mei 2023 lalu, pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah mengadakan Program Mobile Library@Pusat Kegiatan Pelajar, UiTM Kampus Seremban sempena sesi penyerahan dan pengaktifan Kad Debit RHB MYSISWA.

Program di bawah inisatif Read@UiTM ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan jumlah peminjaman bahan perpustakaan dan ia juga merupakan antara usaha yang dilakukan oleh pihak PTAR Kampus Seremban dalam memupuk budaya membaca di kalangan warga UiTM khususnya warga Kampus Seremban.

Program ini telah diadakan di hadapan ruang legar Dewan Mini Toh Puan Sungai Ujong, Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Kampus Seremban atas segala kerjasama yang diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *